Jawatan Kosong Di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA)


Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) ditubuhkan sebagai pelengkap bagi menjayakan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Secara amnya, Dasar ini bertujuan untuk mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif dan lestari yang dikehendaki oleh masyarakat yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan awam.

Syarat-Syarat Umum Permohonan

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan

3. Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak     Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 54 tahun.

4. Semua permohonan Secara Online sahaja.

5. Permohonan online pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan /     Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dicetak dan perlu melalui     Ketua Jabatan dengan mengemukakan Laporan Prestasi dan Penyata Perkhidmatan     masing - masing dan hanya perlu dibawa semasa temuduga sahaja.

6. Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 APRIL 2012 .

7. Hanya permohonan yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan     dipanggil temuduga.

8. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh     iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

9. Sebarang surat menyurat mengenai rayuan tidak akan dipertimbangkan. Semua     keputusan adalah muktamad.

10.Semua urusan permohonan dan temuduga adalah dibawah tanggungan pemohon.

11.Sebelum mengisi permohonan jawatan, pemohon wajib menjawab soal selidik yang dipaparkan di item 'MOHON JAWATAN'.

12.Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui :-

    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
    PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
    WISMA UOA PANTAI
    TINGKAT MEZANINE, 2, 3 DAN 4
    NO 11, JALAN PANTAI JAYA (JLN 4/83A)
    59200 KUALA LUMPUR
    (u.p. Bahagian Korporat dan Sumber Manusia)
    TEL : 03-22459292
    FAKS : 03-22459293 / 9394


UNTUK MEMOHON JAWATAN -JAWATAN TERSEBUT SILA KLIK DI SINI