PEMANDU KENDERAAN GRED R3
Kelayakan:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Mempunyai kelayakan minima Sijil Pelajaran Malaysia;
- Mempunyai lesen memandu D/E/E1/E2/F/G/H/I yang sah serta tiada rekod kesalahan undang-undang jalanraya/lalulintas/jenayah;
- Mempunyai sikap pemanduan yang berhemah di jalan raya; dan
- Mempunyai perwatakan yang kemas, baik dan berdisiplin.
Calon yang mempunyai pengalaman adalah digalakkan memohon.
Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman bekerja, gaji yang diterima sekarang serta gaji yang dipohon, nombor yang boleh dihubungi, gambar berukuran passport, fotokopi lesen memandu dan salinan sijil-sijil yang berkaitan. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 11 OKTOBER 2011 ke alamat berikut:
Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
No.28 Jalan 1/65A,
Off Jalan Tun Razak
Peti Surat 10024,
50700 KUALA LUMPUR
(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)
MORE INFO : CLICK HERE