Jawatan Kosong di Kementerian Pengajian Tinggi


IKLAN PENGAMBILAN PEGAWAI KERAJAAN UNTUK BERKHIDMAT DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pengajian Tinggi, seperti berikut:

(i)         Warden, Gred 32/34 (Terbuka) di Education Malaysia Mesir

1.            SYARAT-SYARAT UMUM PERMOHONAN 

i)       Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
ii)      Pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
iii)     Mempunyai prestasi kerja di tahap 85% (melebihi sasaran/cemerlang) dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga tahun berturut-turut (Tahun 2008,2009 dan 2010);
iv)     Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;
v)      Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib;
vi)     Pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

2.         SYARAT-SYARAT UTAMA PERMOHONAN

 a)    Terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 32 atau Gred 34 dan telah  disahkan jawatan;
b)    Tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan;
c)    Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan sekurang-kurangnya 5 tahun; dan
d)    Mempunyai pengalaman yang luas dalam tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, pengurusan hal ehwal pelajar, pengurusan sumber manusia, pengurusan majlis dan perhubungan awam.

3.         KEUTAMAAN KELAYAKAN

            Keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon berikut:-
i)     Mempunyai pengalaman yang luas dalam tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, pengurusan hal ehwal pelajar, pengurusan sumber manusia, pengurusan majlis dan perhubungan awam.
 ii)   Mempunyai perwatakan & peribadi yang sesuai sebagai seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum;
iii)   Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

4.         CARA MEMOHON
i)     Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan   KPT.S.500/8/2/6 Jld.2
ii)    Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
·         Senarai tugas pegawai yang terkini;
·         Satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta  
                  Pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh;
·         Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemas kini yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
·         Satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (Tahun 2008, 2009 dan 2010) yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
·         Satu (1) salinan Sijil/ Diploma/ Ijazah yang berkaitan yang disahkan; dan
·         Satu (1) salinan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
·         Lampiran A – Ringkasan butiran peribadi serta pengalaman yang berkaitan dengan tugas yang dipohon.
iii)     Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan; dan
iv)      Semua permohonan yang lengkap diisi berserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras15, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u.p: Urusan Pengambilan EM)

5.         TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 30 Mac 2012 (Jumaat). Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

6.         TEMU DUGA
Hanya calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temu duga.Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh tutup permohonan. 

7.         PERTANYAAN
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut:
i)          Puan Izzatul Fardiah binti Othman
            Emel: izzatul@mohe.gov.my
            Telefon: 03-88705211
ii)            Puan Zuraidah Anum binti Ramli
Telefon: 0388705209

iii)           Cik Norhana binti Abd Aziz
Telefon: 03-88705241

UNTUK MAKLUMAT LANJUT / IKLAN PENUH SILA KLIK DI SINI