Jawatan Kosong di Angkatan Tentera Malaysia (ATM)






ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
PENGAMBILAN GRADUAN UNTUK BERKHIDMAT DALAM
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa graduanwarganegara Malaysiayang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai pegawaidalam Perkhidmatan Tentera Darat (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


SEKSYEN A - SYARAT KELAYAKAN AM

2. Jantina:
a. Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) –Lelaki sahaja
b. Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)– Lelaki dan wanita

3. Umur:
Tidak melebihi 27 tahun pada 1 Mac 2012.

4. Fizikal:
a. Tinggi minimum: 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita).
b. Berat minimum: 47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita).
c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja): 76sm.
d. Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.

5. Taraf Kesihatan: Tahap penglihatan ialah 6/6tanpa kaca mata  dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaankesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi tarafDarjah Kesihatan Tubuh (DKT – Forward Everywhere (FE).

6. Kriteria Pemilihan: Proses pemilihan adalahberdasarkan kepada merit Kelayakkan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikaldan Prestasi Temuduga. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.


SEKSYEN B – SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

7. Kelayakan Akademik:
a. Lulus SPM ATAU kelayakan setaraf dengan mendapat Kepujiandalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulusUjian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.

b. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehikeputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas dan memilikikelulusan di dalam jurusan yang diperlukan seperti berikut:
(1) Tentera Darat Malaysia
(a) Kejuruteraan dan Arkitek
i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Kepujian)
ii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Ukur & Geomatik(Kepujian)
iii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Persekitaran(Kepujian)
iv. Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kepujian)
v. Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian)

(b) Pengurusan Dan Perniagaan
i. Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan KeselamatanPersekitaran (Kepujian)
ii. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
iii. Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian)
iv. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Mass (Perhubungan Awam)(Kepujian)
v. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel & Katering(Kepujian)
vi. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) PengurusanPerkhidmatan Makanan
vii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Seni Kulinari
viii. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian)
ix. Ijazah Sarjana Muda Knowledge Management (Kepujian)
x. Ijazah Sarjana Muda Facilities Management (Kepujian)
xi. Ijazah Sarjana Muda Pengangkutan (Kepujian)
xii. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial (Kepujian)Kajian Jenayah

(c) Sains Sosial Dan Kemanusiaan
i. Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Dasar Luar Negara(Kepujian)
ii. Ijazah Sarjana Muda Psikologi & Kaunseling(Kepujian)
iii. Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian)

(d) Lain-lain Jurusan
i. Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik (Kepujian)
ii. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian)
iii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Remote Sensing
ix. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian)
v. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL/TESOL (Kepujian)
vi. Ijazah Sarjana Muda Bahasa Asing(Jepun/Arab/Perancis/Rusia/Sepanyol) (Kepujian)
vii. Ijazah Sarjana Muda Digital Forensic (Kepujian)
viii. Ijazah Sarjana Muda Veteriner (Kepujian)

(2) Tentera Laut Diraja Malaysia
(a) Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kepujian) Kapal
(b) Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Aktuari
(c) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang(Kepujian)
(d) Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik (Kepujian)
(e) Ijazah Sarjana Muda Kejurteraan (Kepujian) TeknologiMinyak dan Petroleum
(f) Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) TeknologiTekstil/Senireka Tekstil


8. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) :Calon-calon yang memiliki Ijazah dari Institusi-Institusi Pengajian TinggiSwasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafandari JPA melalui Laman Web JPA -www.jpa.gov.my


SEKSYEN C – PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN

9. Perlantikan. Calon-calon yang berjaya terpilihakan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani pengajian ketenteraan.

10. Pentauliahan. Pegawai Kadet yang berjaya lulusdengan cemerlang dalam pengajian ketenteraan akan dianugerahkan Tauliah JangkaPendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setarafsetelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.

11. Gaji. Berdasarkan Skim Baru Perkhidmatan Awam(SBPA - ATM) yang sedang berkuatkuasa.


CARA PERMOHONAN

12. Dokumen Diperlukan. Tiada borang khusus disediakanuntuk tujuan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan dengansalinan dokumen-dokumen seperti berikut:
a. Profil peribadi (resume) beserta nombor telefon danalamat e-mail yang boleh dihubungi.
b. Salinan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidangyang ditawarkan.
c. Salinan Transkrip Akademik.
d. Salinan Sijil SPM/SPMV.
e. Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa.
f.  Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
g. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan bapa.
h. Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.
i. Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).
j. Sekeping gambar berukuran pasport.
k. Sampul surat Pos Ekspres berukuran 229mm x162mm, beralamat sendiri.

13. Alamat. Permohonan yang telah lengkaphendaklah dihantar ke alamat:

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel C)

ATAU

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, BahagianPerkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpurdengan membawa salinan dokumen–dokumen seperti di atas. Calon-calon juga bolehmemohon melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my atau www.jobsperak.com

14. Maklumat Permohonan: Sila berhubung dengan pegawaipemilih seperti berikut:

Mej Abdul Hamid bin Maarus - 03-20712382
Kapt Ezril Redzuan bin Hj Zainudin TUDM – 03-20714526
Kapt Ridzuan bin Abdullah - 03-20714524
           Kapt Mohd Izham bin Ahmad Rashidi – 03-20712387
Kaunter Pertanyaan dan Penyerahan Borang: 03-20712391
Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588
Nombor Faks: 03-26985340 ,03-26986235
Email: ctk.mtk@ mod.gov.my

15. Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2012


Maklumat Penting:
Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untukjawatan di atas. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untukujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidakmenerima sebarang surat tawaran setelah DUA (2) MINGGU dari tarikhtutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.